Kaedah Awal Insurans

Kaedah pengurusan risiko telah diamalkan oleh pedagang Cina seawal Milenium ke-3 SM manakala di Babylonia seawal Milenium ke-2 SM.[1]

Pedagang Cina yang melalui jeram sungai yang berbahaya akan mengagihkan barangan dagang mereka kepada beberapa kapal yang lain bagi mengurangkan risiko kerugian. Ini kerana jika kesemua barangan dagang mereka ditempatkan pada hanya sebuah kapal dan kapal tersebut terlibat dengan kecelakaan, maka kesemua barangan dagang mereka akan musnah.

Bagi masyarakat Babylonia pula mereka telah membentuk suatu sistem yang telah dicatat dalam Kod Hammurabi, sekitar 1750 SM dan diguna pakai oleh pedagang dari sekitar Lautan Mediterranean. Setiap pedagang yang menerima pinjaman kredit untuk berlayar akan membuat sejumlah bayaran kepada pemberi pinjaman sebagai jaminan sekiranya barangan dagang yang dibawa rosak atau hilang dia laut, pinjaman tersebut akan dibatalkan.[2]

Sekitar 800 SM, di Rodos, Yunani, telah mencipta kaedah ‘kerugian awar am’. Ini membolehkan sekumpulan pedagang membuat bayaran untuk melindungi dagangan yang berlayar dengan kapal dagang sama. Wang yang dikutip tadi (premium) akan digunakan untuk membayar kerugian kepada pedagang yang danganganya dicampak kelaut bagi menyelamatkan kapal dari ribut atau tenggelam.

Pada abad ke-14 di Genoa, kontrak insurans yang berasingan telah dicipta (tidak lagi menjadi sebahagian daripada pinjaman kredit atau lain-lain kontrak) hasil dari tabung insurans yang disokong dengan jaminan hartanah. Kontrak insurans yang pertama ditemui adalah dari Genoa pada tahun 1347 dan pada abad seterusnya, industri insurans maritime membangun dengan lebih luas dan premium yang dikenakan adalah berasaskan risiko.